KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kegembiraan menyambut Aidilfitri, suasana sedih sudah pasti menyelubungi ramai rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara kerana tidak dapat meraikan hari bermakna itu dengan sanak keluarga.
Bagi mereka, amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaafan sempena Syawal menjadi impian yang sukar bagi mereka kerana komitmen menghalang mereka untuk pulang ke tanah air bagi meraikan perayaan istimewa ini.
Namun bagi Nur Dini Mohd Rodzi, 27, walaupun berada jauh di perantauan, beliau enggan membiarkan jarak mematahkan semangat Aidilfitrinya.
Bertekad untuk beraya dengan suasana meriah seperti di tanah air, pelajar tahun tiga dari Universiti Izmir Katip Celebi itu menaiki kereta api selama 13 jam dari Izmir ke Ankara, tiba di Kedutaan Besar Malaysia untuk menghadiri perhimpunan khas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat meraikan hari pertama Syawal bersama rakyat Malaysia di sini.
"Perhimpunan yang dinanti-nantikan ini adalah peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti di rumah iaitu kami menunaikan solat sunat Aidilfitri di kedutaan dan saya menikmati juadah Malaysia yang mewah," katanya kepada Bernama.
Nur Dini dan rakannya, Nur Sabrina Nasaruddin, 23, sudah lama teruja untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kedutaan.
"Ia merupakan suasana Hari Raya yang meriah di kedutaan. Suasana yang membuatkan saya berasa seperti di tanah air tetapi ia juga membuatkan saya lebih merindui rumah.
"Saya seronok merasai juadah Malaysia terutama sate dan kuih raya yang seperti juadah di rumah," kata Nur Sabrina.
Bagi Nor Syahmi Suliman, pelajar tahun akhir Ijazah Fisioterapi di Universiti Beyazit Ankara Yildirim, seronok dapat menyumbang tenaga dalam persediaan menu raya dengan Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan) Ankara.
"Lega dan bahagia apabila ramai yang memuji juadah raya yang kami masak," katanya.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perwakilan Ankara atas usaha gigih mereka sejak beberapa minggu lepas dalam memilih dan menyediakan juadah Malaysia untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Setiap tahun, kami memilih beberapa hidangan dengan teliti bagi memastikan rakyat Malaysia dan tetamu jemputan dapat menikmati juadah Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri. Tahun ini, kami menampilkan nasi minyak, ayam masak merah dan rendang daging.
"Kami akan meneruskan inisiatif ini pada tahun-tahun akan datang dengan perubahan kecil pada menu.
"Bagi mempamerkan kepelbagaian masakan Malaysia di luar negara, kami akan memperkenalkan variasi menu, menggabungkan hidangan Cina dan India yang lazat di samping kegemaran tradisional raya kami supaya kami dapat menikmati rasa masakan Malaysia yang lazat di luar negara," katanya kepada Bernama.
Tahun ini, Sazali berkata sambutan majlis Hari Raya di kedutaan pada hari pertama Syawal (Rabu) berlangsung meriah dan menyeronokkan yang menyaksikan kira-kira 150 rakyat Malaysia dan keluarga mereka berkumpul.
"Perhimpunan ini bukan sahaja dapat mengembalikan nostalgia sambutan raya di tanah air kepada rakyat Malaysia di luar negara tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan diaspora Malaysia di sini," katanya.
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri telah lama menjadi tradisi bagi perwakilan asing Malaysia di luar negara, cara untuk menyebarkan kegembiraan Aidilfitri dan memupuk semangat Hari Raya yang amat dihargai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
Daripada berkongsi juadah tradisional sehinggalah menyampaikan salam mesra, rumah terbuka ini menawarkan suasana berhari raya di rumah dan memupuk semangat kemasyarakatan bagi rakyat Malaysia yang jauh berkelana.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata menjadi tradisi kedutaan untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi memastikan semangat Hari Raya terus hidup.
Pada tahun ini, beliau berkata kira-kira 150 rakyat Malaysia dan rakan-rakan Malaysia termasuk kakitangan kedutaan, profesional Malaysia serta warga asing yang merupakan rakan karib kedutaan dijemput meraikan majlis itu.
"Hari Raya merupakan perayaan yang diraikan rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan latar belakang. Setiap rakyat Malaysia tidak sabar untuk menikmati rendang dan ketupat pada hari pertama Syawal. Paling penting, semangat kekitaan kita terus dipelihara semasa sambutan perayaan ini, terutamanya apabila mereka berada jauh di perantauan.
"Kami menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi mengekalkan semangat Hari Raya yang diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia yang menetap di sini, satu daripada cara untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Sambutan hari raya di kedutaan mengubat kerinduan rakyat Malaysia di luar negara. - Foto Facebook/Embassy of Malaysia in the Republic of Turkiye
Pesawat Emirates langgar Flamingo, mendarat selamat di Mumbai
Dalam perkembangan sama, portal Business Standard melaporkan, jurucakap Emirates mengesah pesawat syarikat penerbangan tersebut terlibat dalam insiden berkenaan.
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.